Zakir Husain (ahli politik)

Zakir Husain dilahirkan pada 8 Februari 1897 – 3 Mei 1969 merupakana Presiden India ke-3 dari 13 Mei 1967 hingga ke akhir hayatnya pada 3 Mei 1969. Kerjaya awalnya ialah seorang pendidik, Zakir Husain merupakan Presiden India pertama yang dilantik dari kalangan umat Islam dan merupakan Presiden pertama yang meninggal dunia semasa masih menjawat jawatan tersebut. Tempoh pemerintahannya agak singkat dalam sejarah pemimpin di India. Sebelum menjawat ke jawatan Presiden, beliau merupakan Gabenor di Bihar dari tahun 1957 hingga 1962. Kemudian beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Naib Presiden India untuk tempoh satu penggal dari tahun 1962 hingga 1967. Zakir Husain merupakan bekas pengasas universiti Jamia Milia Islamia, ketika masih berkhidmat sebagai Naib Canselor dari tahun 1928. Dibawah pimpinan beliau, universiti tersebut menjalinkan perhubungan baik dengan Gerakan Pembebasan India ketika India di dalam proses pra kemerdekaan. Beliau dianugerahkan Bharat Ratna, penganugerahan tertinggi kepada rakyat India yang banyak berjasa kepada negara tersebut pada tahun 1963 .

Zakir Husain (ahli politik)

Lahir (1897-02-08)8 Februari 1897
Hyderabad,[1]
(kini Telangana, India)
Didahului oleh R. R. Diwakar
Alma mater HMS Islamia, Etawah
Universiti Islam Aligarh
Universiti Delhi
Universiti Humboldt, Berlin
Digantikan oleh Madabhushi Ananthasayanam Ayyangar
Pasangan Shahjehan Begum
Anugerah Bharat Ratna (1963)
Parti politik Bebas
Meninggal dunia 3 Mei 1969(1969-05-03) (umur 72)
New Delhi, Delhi, India
Presiden Sarvepalli Radhakrishnan
Ketua Menteri Krishna Sinha
Deep Narayan Singh
Perdana Menteri Jawaharlal Nehru
Lal Bahadur Shastri
Indira Gandhi
Naib Presiden Varahagiri Venkata Giri